Perang Padas Damit 1888: Antara Lagenda dan Kebenaran
Perang Padas Damit 1888: Tak ramai yang mungkin mengetahuinya apatah lagi mendengar nama Pengiran Shahbandar Hassan, tokoh penting di sebalik kisah Perang Padas Damit...sebuah kisah perang antara pihak penjajah British dan masyarakat tempatan Padas Damit. Tidak banyak rujukan ilmiah yang kita boleh perolehi berkenaan kisah perang di Padas Damit ini, maka saya mulakan penulisan ini dengan memuat naikkan kertas kerja yang pernah saya bentangkan semasa Seminar Sejarah Borneo ke-2 di Brunei Darussalam yang bertajuk: Pengiran Shabandar dan Perang Padas Damit 1888: Lagenda dan Kebenaran Cerita Lisan Masyarakat Beaufort, Sabah. Kertas kerja ini ada dimasukkan di dalam proceeding Seminar Sejarah Borneo ke-2 yang boleh dibeli di Pusat Sejarah Brunei, Negara Brunei.